top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD DI TIGA LOKALITI DI SABAH MULAI 18 JULAI


Gambar Hiasan

16 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga lokaliti melibatkan daerah Lahad Datu, Kota Belud dan Kudat bermula 18 Julai hingga 31 Julai ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti-lokaliti itu ialah Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan Lahad Datu, Kampung Pinolobuh Bukid Kota Belud dan PPR Taman Ehsan Kudat.


Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, PKPD di dua lokaliti iaitu Kampung Siasai Dundau Kota Belud dan Kampung Naruntung Pitas pula akan dilanjutkan sehingga 31 Julai ini.


Beliau berkata, PKPD di kawasan berkenaan sepatutnya dijadualkan tamat pada 17 Julai (esok) namun dilanjutkan bermula 18 Julai hingga 31 Julai ini.

תגובות


bottom of page