top of page

PKPD DI TIGA LOKALITI KUDAT, SEMPORNA DAN LAHAD DATU MULAI 1 JUN HINGGA 14 JUN

Wartawan Nabalu News


30 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti iaitu Kampung Tanjung Kapor Kudat, Taman Pelangi Semporna dan Kampung Assam Lahad Datu berkuatkuasa 1 Jun hingga 14 Jun ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, PKPD itu dilaksanakan bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke luar lokaliti tersebut. “Sehingga kini, sebanyak 10 kes telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah menjalani ujian saringan ke atas 24 penduduk di Kampung Tanjung Kapor. “Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Tanjung Kapor, Kudat, Sabah berkuat kuasa 1 Jun sehingga 14 Jun,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, bagi Taman Pelangi Semporna pula, sehingga hari ini lapan kes positif Covid-19 telah dikesan setelah KKM melakukan 28 ujian saringan ke atas penduduk di lokaliti tersebut. Katanya, KKM hari ini melaporkan situasi terkini susulan peningkatan kes Covid-19 di Kampung Assam, Lahad Datu. “Dalam tempoh seminggu, 10 kes positif telah direkodkan hasil daripada 13 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM. “Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Assam, Lahad Datu berkuat kuasa 1 Jun sehingga 14 Jun selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page