PKPD DI TUJUH LOKALITI DI SABAH PADA 3 JULAI HINGGA 16 JULAI INI
1 Julai 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti di Sabah pada 03 Julai sehingga 16 Julai ini.
Kawasan-kawasan itu ialah Kampung Mangga, Nasip Kita dan Kampung Kijang, Balung Tawau, Taman Jaya Diri Kota Kinabalu, Kampung Lingkodon Kota Belud, Kampung Pintas Kubu Beaufort, Kampung Muhibbah Putatan dan Kampung Goshen Kota Marudu.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes Covid-19 di dua lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Mangga, Nasip Kita dan Kampung Kijang, Balung
“Sehingga kini, sebanyak sembilan kes telah direkodkan Kampung Mangga, Nasip Kita selepas 58 individu disaring manakala di Kampung Kijang, Balung 17 individu telah menjalani ujian saringan dan 15 daripadanya disahkan positif Covid-19.
“KKM juga mendapati kes telah menular dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di dua lokaliti di Tawau berkuat kuasa 03 Julai sehingga 16 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, bagi kawasan Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu pula sehingga kini, seramai 27 individu telah menjalani ujian saringan dan 17 daripadanya disahkan positif Covid-19.
“KKM juga mendapati kes telah menular dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut,” katanua.
Katanya lagi, PKPD juga akan dilaksanakan di Kampung Lingkodon Kota Belud.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 28 ujian saringan dan lapan daripadanya disahkan positif Covid-19.
“Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” katanya.
Masidi berkata, bagi Kampung Pintas Kubu Beaufort pula, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 26 ujian saringan dan sembilan daripadanya disahkan positif Covid-19.
“Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
Beliau berkata, PKPD Kampung Muhibbah Putatan juga akan dilaksanakan. Sehingga kini seramai 17 individu telah menjalani ujian saringan dan 12 daripadanya disahkan positif Covid-19.
“KKM juga mendapati kes telah menular dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut,” katanya.
Masidi berkata,PKPD di Kampung Goshen Kota Marudu akan dikuatkuasakan pada 03 Julai sehingga 16 Julai.
“Sehingga kini, KKM telah melakukan 57 ujian saringan dan 13 daripadanya dikesan positif Covid-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
“Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan,” katanya.
Comments