top of page

PKPD di tujuh lokaliti termasuk Kg. Pukak dan PPR Gayang Ria Tuaran mula 24 Julai

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 22, 2021
  • 1 min read

Updated: Jul 23, 2021


Gambar Hiasan

22 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tujuh lokaliti melibatkan daerah Tuaran, Kudat, Beaufort dan Sipitang bermula 24 Julai hingga 6 Ogos ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua lokaliti di Tuaran yang akan dimasukkan dalam kawasan PKPD ialah Kampung Pukak Mukim Tengah Kiulu dan PPR Gayang Ria Mukim Berungis. “PKPD turut dilaksanakan di Kampung Gumandang Kudat, Kampung Lumatai Ulu Beaufort dan tiga lokaliti di Sipitang iaitu Kg. Banting, Kg. Kawang dan Kg. Ulu Bole,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, kerajaan bersetuju mengenakan PKPD di lokaliti berkenaan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page