top of page

PKPD GRACE VILLA CONDO SEMBULAN DAN PPRT KG.PASIR PUTIH PUTATAN MULAI 20 JUN

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 18, 2021
  • 1 min read

Gambar Hiasan

18 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Grace Villa Condo Sembulan dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pasir Putih Putatan bermula 20 Jun hingga 3 Julai ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan saringan komuniti, mengesan dan mengasingkan kes baru serta melakukan pengesanan kontak dengan berkesan.


Beliau berkata, sejak 13 Jun sehingga 16 Jun, KKM mendapati berlaku peningkatan apabila lapan kes telah dikesan di Grace Villa Condo Sembulan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Grace Villa Condo, Sembulan, berkuat kuasa 20 Jun sehingga 03 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya.


Masidi berkata, bagi PPRT Kampung Pasir Putih Putatan pula, sehingga kini, sembilan kes positif Covid-19 telah dikesan dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan,” katanya.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page