top of page

PKPD KAMPUNG KADAZAN, TAWAU BERMULA 13 JUN HINGGA 26 JUN

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 11, 2021
  • 1 min read


11 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KIANABLU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Kadazan Tawau akan dilaksanakan bermula 13 Jun hingga 26 Jun ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.


“Sehingga kini, berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila sebanyak 14 kes positif Covid-19 telah dilaporkan hasil daripada 45 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 31.11 peratus.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Kadazan, Tawau berkuat kuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page