PKPD KAMPUNG SINSINGON, KAMPUNG LOTONG, NABAWAN DILANJUTKAN SEHINGGA 26 MAC
- Wartawan Nabalu News
- Mar 11, 2021
- 1 min read

11 Mac 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong Nabawan dilanjutkan sehingga 26 Mac ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat sejumlah 322 baki sampel saringan yang sedang menunggu
keputusan dan masih terdapat kes positif baru dilaporkan dalam kalangan penduduk
di lokaliti itu.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh PKPD di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan bermula 13 Mac sehingga 26 Mac selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 674 ujian saringan dan daripada jumlah itu
sebanyak 81 kes positif COVID-19 telah direkodkan," katanya.
Masidi berkata, kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan yang dijadualkan tamat pada esok, 12 Mac.















Comments