PKPD KAWASAN SEMARAK TAWAU DAN KG.PENGARABAN KUDAT DILANJUTKAN SEHINGGA 2 JULAIPKPD KAWASAN SEMARAK TAWAU DAN KG.PENGARABAN KUDAT DILANJUTKAN SEHINGGA 2 JULAI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD KAWASAN SEMARAK TAWAU DAN KG.PENGARABAN KUDAT DILANJUTKAN SEHINGGA 2 JULAI


Gambar Hiasan

17 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kawasan Semarak Tawau dan Kampung Pengaraban Kudat sehingga 2 Julai ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, PKPD di kedua-dua lokaliti itu sepatutnya dijadualkan tamat pada 18 Jun ini tetapi dilanjutkan dua minggu lagi kerana masih berlaku penularan dalam kalangan penduduk serta terdapat kes baharu direkodkan di kawasan itu.


Beliau berkata sejak PKPD di Kawasan Semarak Tawau dilaksanakan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 486 ujian saringan dan 102 daripadanya dilaporkan positif Covid-19.


“KKM juga mengesahkan penularan masih berlaku dalam kalangan penduduk serta terdapat juga kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan PKPD di Kawasan Semarak, Tawau bermula 19 Jun sehingga 02 Julai selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.


Masidi berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 109 ujian saringan dan 45 daripadanya dilaporkan positif Covid-19 di Kampung Pengaraban, Kudat.


“KKM juga mengesahkan masih berlaku penularan di kalangan komuniti dan kes-kes baharu masih dilaporkan,” katanya.

bottom of page