top of page

PKPD KG.NARUNTUNG PITAS, KG IBAN KUALA NANSANG TAWAU MULAI 4 - 17 JULAI

Wartawan Nabalu News


2 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Naruntung Pitas dan Kampung Iban Kuala Nansang Tawau mulai 4 Julai hingga 17 Julai ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 86 ujian saringan di Kampung Naruntung, Pitas dan 21 daripadanya dikesan positif Covid-19.


“KKM mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di kedua-dua lokaliti tersebut.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Naruntung, Pitas berkuat kuasa 04 Julai sehingga 17 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya.


Masidi berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.


Bagi Kampung Iban Kuala Nansang Tawau pula, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 14 ujian saringan dan lapan daripadanya dikesan positif Covid-19.


“KKM mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti berkenaan,” katanya.

Comments


bottom of page