top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD KG. SIMPANGAN TUARAN DAN TIGA LOKALITI DI KOTA BELUD BERKUATKUASA 3 JUN INI



1 Jun 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Simpangan Tuaran dan tiga lokaliti di Kota Belud akan dilaksanakan bermula 3 Jun sehingga 16 Jun ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan mengasingkan kontak rapat sekaligus mengekang penularan Covid-19 ke kawasan lain. “KKM hari ini melaporkan situasi Covid-19 di tiga lokaliti di Kota Belud melibatkan Taman Nikmat, Kampung Pirasan dsn Kampung Dundau. “KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara di ketiga-tiga lokaliti ini apabila sebanyak lapan kes positif telah direkodkan di Taman Nikmat, tujuh kes di Kampung Pirasan dan lapan kes di Kampung Dundau,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. Masidi berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan PKPD di ketiga-tiga lokaliti bermula 3 Jun sehingga 16 Jun ini selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan. Beliau berkata, bagi Kampung Simpangan, Tuaran pula, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara di lokaliti ini apabila sebanyak lapan kes positif telah direkodkan hasil daripada 10 ujian saringan yang dijalankan.

Comments


bottom of page