top of page

PKPD RUMAH MURAH KEPAYAN DAN KG.TANJUNG ARU BARU 4 JUN INI

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 2, 2021
  • 1 min read


2 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Rumah Murah Kepayan dan Kampung Tanjung Aru Baru berkuatkuasa 4 Jun hingga 17 Jun ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke luar lokaliti tersebut.


"KKM hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 melibatkan dua lokaliti dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Rumah Murah Kepayan dan Kampung Tanjung Aru Baru.


"Sebanyak 24 kes positif telah direkodkan masing-masing 16 kes di Rumah Murah Kepayan

manakala lapan kes lagi di Kampung Tanjung Aru Baru," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, selain itu, KKM juga mendapati kedua-dua lokaliti tersebut mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan boleh mendatangkan risiko penularan kes Covid-19.


"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal

PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di dua lokaliti berkenaan berkuat kuasa 04 Jun sehingga 17 Jun selaras dengan keputusan Kerajaan

Persekutuan," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page