PKPD: SEORANG WAKIL KELUARGA DIBENAR KELUAR BELI KEPERLUAN – MASIDI
- Wartawan Nabalu News
- Nov 26, 2020
- 1 min read

26 NOV 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, seorang wakil keluarga di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dibenarkan keluar membeli keperluan asas dan non-food items.
Beliau berkata, pergerakan penduduk di kawasan yang dilaksanakan PKPD adalah terhad berbanding kawasan-kawasan lain yang tidak diisytiharkan PKPD.
“Bagaimanapun, pergerakan untuk tujuan essential seperti membeli barang keperluan asas adalah dibenarkan.
"Hanya seorang dari setiap keluarga dibenarkan keluar untuk tujuan tersebut,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.















Comments