PKPD TAMAN TELIPOK RIA DILANJUTKAN SEHINGGA 24 DIS
9 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria Tuaran dilanjutkan sehingga 24 Disember ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana masih terdapat baki 1,386 sampel saringan yang masih menunggu keputusan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 8,186 saringan dan merekodkan sebanyak 493 kes kumulatif positif Covid-19 di lokaliti ini.
“Sehingga kini, KKM juga mengesahkan masih terdapat baki 1,386 sampel saringan yang masih menunggu keputusan.
“Berdasarkan penilaian risiko dan nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran selama 14 hari lagi sehingga 24 Disember ini,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran bermula 27 November lalu dan dijadual tamat esok, bagaimanapun ia dilanjutkan atas nasihat KKM.
Comments