PKPD TAMAN TELIPOK RIA MULA 27 NOV HINGGA 10 DIS
- Wartawan Nabalu News
- Nov 25, 2020
- 1 min read

25 Nov 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria Tuaran akan dilaksanakan bermula 27 November hingga 10 Disember ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD itu melibatkan keluasan kawasan 229,459 meter persegi, 3,400 unit rumah dan 18,000 orang penduduk.
“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mendengar pembentangan daripada MKN Sabah mengenai peningkatan kes positif Covid-19 di Taman Telipok Ria, Tuaran.
“Oleh itu atas nasihat dan penilaian risiko yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sidang khas MKN bersetuju melaksanakan PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran bermula 27 November sehingga 10 Disember ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, sehingga 22 November, KKM telah melaksanakan sebanyak 2,609 saringan dan telah merekodkan sebanyak 253 kes positif Covid-19.
“Sehingga kini, masih terdapat 581 sampel saringan yang menunggu keputusan,” katanya.
Comentários