- Wartawan Nabalu News
PKPD TIGA LOKALITI DI KUDAT MULAI 30 JUN
28 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti iaitu Kampung Timbagan, Matunggong, Kampung Perpaduan Gumpa dan Kampung Perpaduan 2 Kudat bermula 30 Jun hingga 13 Julai ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 29 kes telah dilaporkan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan 55 ujian saringan di ketiga-tiga lokaliti dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di tiga lokaliti di Kudat berkuat kuasa 30 Jun sehingga 13 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, pelaksanaan PKPD bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
Comments