top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD di 31 lokaliti di Sabah mulai esok hingga 12 Ogos




29 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 31 lokaliti melibatkan 10 daerah di Sabah akan dilaksanakan perintah kawalan perintah diperketatkan (PKPD) bermula 30 Julai hingga 12 Ogos ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 11 lokaliti di Tuaran akan dikenakan PKPD.


“Kampung-kampung itu ialah Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.


"Empat lokaliti di Sandakan pula melibatkan Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1 - 8, Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni.


"Empat lokaliti di Penampang melibatkan Apartment Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss, Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 (termasuk bangunan kedai), dan Taman Penampang Fasa 2 manakala tiga lokaliti di Tawau ialah Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik, Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titingan," katanya dalam kenyataan media, kelmarin.


Menurut Masidi selebihnya dua lokaliti PKPD masing-masing di Kinabatangan, Tenom dan Putatan serta satu lokaliti masing-masing bagi Kota Marudu, Kudat dan Papar.


"Bagi Kinabatangan kawasan yang dikenakan PKPD ialah Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1, di Tenom pula melibatkan Kampung Mamaitom dan SKIM Kuala Tomani serta Kampung Meruntum Fasa 3 dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat bagi Putatan.


"Manakala satu lokaliti melibatkan Kampung Talantang 1, Kota Marudu, Kampung Ayer di Kudat dan Kampung Pengalat Besar di Papar," katanya.

Komentar


bottom of page