PKPP: 10 PERATUS PENJAWAT AWAM DI SABAH MASIH DIBENARKAN BEKERJA DARI RUMAHPKPP: 10 PERATUS PENJAWAT AWAM DI SABAH MASIH DIBENARKAN BEKERJA DARI RUMAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPP: 10 PERATUS PENJAWAT AWAM DI SABAH MASIH DIBENARKAN BEKERJA DARI RUMAH


8 Mac 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Semua Ketua Organisasi hendaklah memastikan keberadaan penjawat awam ke pejabat mencapai tahap 90 peratus pada waktu bekerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, 10 peratus daripada pekerja dalam organisasi dibenarkan bekerja dari rumah dengan kelulusan Ketua Organisasi.

“Ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri Sabah untuk melaksanakan PKPP yang bermula pada 05 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi mengingatkan semua penjawat awam supaya mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan semasa dan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Pihak Yang Berkuasa.

bottom of page