PKPP: MASA OPERASI SEKTOR EKONOMI SEHINGGA JAM 12 TENGAH MALAMPKPP: MASA OPERASI SEKTOR EKONOMI SEHINGGA JAM 12 TENGAH MALAM
top of page
  • nabalunews

PKPP: MASA OPERASI SEKTOR EKONOMI SEHINGGA JAM 12 TENGAH MALAM


Gambar sekadar hiasan

5 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju masa operasi bagi sektor ekonomi bermula pada jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam selari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun menasihatkan orang ramai supaya mematuhi had masa operasi yang dibenarkan.



Mengenai bantuan bakul makanan beliau berkata, setakat hari ini sejumlah 283,233 bakul makanan diagihkan kepada golongan yang terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin Covid-19.


Dari segi sekatan jalan raya (SJR), Masidi berkata, sejumlah 49 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 22,316 buah kenderaan di negeri ini.


"Daripada jumlah tersebut, 29 buah kenderaan diarah berpatah balik. Tiada tangkapan dibuat namun 15 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP Covid-19.


"PDRM juga telah melaksanakan 67 hebahan melalui kereta peronda," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Masidi berkata, penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 75 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 46 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.


bottom of page