top of page
Wartawan Nabalu News

PM Anwar tekankan keharmonian melalui konsep MADANI



11 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Dalam usaha memupuk kesepaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum, agama, dan wilayah di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan konsep MADANI yang diperkenal oleh Kerajaan Perpaduan.


Konsep MADANI, menurut Anwar, adalah inklusif dan tidak bercanggah dengan fahaman mana-mana kaum, meskipun ia mengutamakan ajaran Islam sebagai agama Persekutuan.


"Konsep MADANI bukan sahaja mengukuhkan aqidah, akhlak, dan ibadah umat Islam, tetapi juga membawa mesej kemanusiaan, negara, dan keadilan yang universal untuk semua," ujar Anwar ketika menjawab pertanyaan seorang pengunjung.


Perdana Menteri juga menyeru agar tiada prasangka terhadap konsep MADANI, yang dirancang untuk kebaikan dan kemajuan negara.


"Dalam konteks kenegaraan, kita harus santuni semua dan harus memeluk, mendampingi serta mengajak semua untuk bermuafakat mendirikan dan menjayakan negara ini.


"Sebab itu dalam dasar MADANI, saya sebut (kerajaan secara) telus bantu semua sekolah tanpa mengira kaum dan agama, menoktahkan kemiskinan semua kaum dan agama maka semua harus lihat dari segi positif pelaksanaannya," kata beliau.


Anwar berkata demikian ketika Dialog MADANI yang diadakan di Majlis Perasmian Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


Dalam konteks ini, Anwar menegaskan bahawa dasar MADANI akan membantu semua sekolah dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.



Comments


bottom of page