top of page

PM Anwar terima permohonan maaf terbuka Najib mengenai isu 1MDB

  • nabalunews
  • Oct 26, 2024
  • 1 min read



25 Oktober 2024

 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyambut baik permohonan maaf terbuka yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

“Terima baik, terima baik,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman, Presint 16 di sini.

 

Najib mengemukakan permohonan maaf secara terbuka semalam mengenai salah laku dalam syarikat 1MDB, yang telah menarik perhatian pelbagai pihak.

 

Sebelum itu, Anwar turut menyertai solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah, diikuti sesi beramah mesra serta bergambar bersama mereka sebelum beliau beredar. Anwar juga meluangkan masa menikmati makan tengah hari di Medan Selera Presint 16.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page