top of page

PM Anwar ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah

  • nabalunews
  • Jul 27, 2024
  • 1 min read

27 Julai 2024


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.


Anwar menerusi hantaran Facebook beliau hari ini berkata Siti Zaharah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO itu merupakan sahabat rapat beliau semasa bersama dalam parti berkenaan dan menyifatkan Allahyarham sebagai pemimpin yang cekap, komited dan gigih dalam perjuangan.


"Saya turut berduka dan mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan selain diampunkan segala dosa Almarhumah serta diberi tempat terbaik di sisi-Nya," menurut hantaran itu.


Siti Zaharah, 75, disahkan meninggal dunia oleh anak sulungnya Timoer Dzakry Samarudin di Hospital Serdang pada 11.23 malam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam, Selangor, 11.30 pagi tadi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page