top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM DAN JEMAAH MENTERI SEDIA ADA MASIH KEKAL JALANKAN KUASA EKSEKUTIF: PEGUAM NEGARA



8 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan, kata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.


Beliau berkata, berdasarkan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, penentu sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik atau mana-mana pemimpin parti politik.


"Merujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO bertarikh 7 Julai 2021, kenyataan tersebut merupakan kenyataan sebuah parti komponen yang membentuk kerajaan sedia ada yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.


"Buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas menunjukkan Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.


“Oleh itu, dari segi undang-undang, YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan,” katanya dalan kenyataan media, hari ini.


bottom of page