PM mahu kerajaan Sabah kukuh di bawah pimpinan Hajiji
- Wartawan Nabalu News
- Jan 10, 2023
- 1 min read

9 Januari 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan negeri Sabah kukuh di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Noor.
“Kita mahu Kerajaan Sabah kukuh di bawah pimpinan YB Datuk Hajiji dan esok (Selesa) satu Rang Undang-Undang penting untuk mengembalikan hak Sabah yang saya usulkan di Parlimen (akan dibentangkan pada persidangan khas DUN).
“Ini satu perubahan besar dan ini bagi saya diberi keutamaan.
“Beri ruang kepada Ketua Menteri berbincang dan mencari satu formula terbaik untuk kebaikan bersama,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, di Sri Gaya, di sini, malam ini.
Anwar turut berterima kasih kepada Hajiji dan para pemimpin Sabah serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mendengar semua pandangan.















Comments