top of page

PM seru kerjasama kukuh ASEAN demi keamanan dan kemakmuran rantau

  • nabalunews
  • Aug 8, 2024
  • 1 min read

8 Ogos 2024


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara anggota ASEAN untuk memperkukuhkan kerjasama bagi memastikan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran di rantau ini.


Seruan tersebut dibuat bersempena sambutan Hari ASEAN ke-57 hari ini, di mana Anwar menekankan komitmen Malaysia untuk memperjuangkan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang.


"Saya berharap ASEAN terus memberi tumpuan kepada pengukuhan perkongsian ekonomi dalam kalangan negara anggotanya dan menjalin masa depan yang lebih baik bersama," katanya menerusi hantaran di Facebook.


"Selamat Hari ASEAN ke-57!" tambah beliau lagi.


Hari ASEAN disambut setiap tahun pada 8 Ogos untuk memperingati penubuhan organisasi tersebut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page