top of page

PM Seru Rakyat Bersukan Untuk Kekal Sihat

  • nabalunews
  • Oct 13, 2024
  • 1 min read

12 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersukan bagi sentiasa mengekalkan kesihatan.


Anwar dalam hantaran menerusi akaun Facebook beliau berkata penglibatan dalam aktiviti sukan juga dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan komuniti.


“Sempena Hari Sukan Negara tahun ini yang disambut penuh meriah dan bersemangat di seluruh negara, moga budaya sukan terus diamalkan dalam membina gaya hidup cergas dan aktif ke arah negara bersukan. Selamat Hari Sukan Negara 2024!,” katanya seperti dilaporkan Bernama.


Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata lebih 4.5 juta rakyat menyertai pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi di seluruh negara sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024.


Sambutan HSN yang diperkenalkan pada 2015 bertujuan membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif ke arah negara bersukan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page