PM terima kunjungan hormat Prabowo
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM terima kunjungan hormat Prabowo

4 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto memulakan lawatan khasnya ke Malaysia hari ini dengan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra.


Prabowo tiba pada jam 9 pagi dalam rangka lawatan sehari ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.


Sebelum ini, pesawat khas yang membawa Prabowo dan delegasi beliau mendarat di Pangkalan Udara Subang pada jam 10.15 malam semalam.


Turut dijadual dalam jadual beliau hari ini adalah mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Kuala Lumpur.

bottom of page