PM umum Ekonomi Madani esok, hala tuju baharu ekonomi negara
26 Julai 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan hala tuju baharu ekonomi negara yang diberi nama Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat, esok.
Beliau berkata, dasar itu bertujuan untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang dan menjamin masa depan rakyat.
“Esok saya akan meluncurkan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. Nantikan, Insya-Allah,” katanya dalam laman Facebook miliknya.
Majlis pelancaran dasar itu akan diadakan pada pukul 9 pagi di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Kuala Lumpur.
Comentários