PM umum penambahan kelonggaran SOP bagi sektor sosial, pendidikanPM umum penambahan kelonggaran SOP bagi sektor sosial, pendidikan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM umum penambahan kelonggaran SOP bagi sektor sosial, pendidikan


15 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran baharu bagi sektor sosial dan pendidikan untuk negeri-negeri di Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Beliau berkata, Tabika, Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Harian dan Pusat Perkembangan Minda di negeri terbabit dibenarkan beroperasi bagi anak-anak kepada ibu bapa yang bekerja.


“Walau bagaimanapun, operator dan pekerja di pusat-pusat ini perlu menerima vaksinasi yang lengkap sebelum dibenarkan beroperasi,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.


Tambahnya lagi, kolam memancing juga dibenarkan beroperasi, dengan mematuhi syarat vaksinasi lengkap dan ketetapan mengikut fasa PPN di mana bagi Fasa 1, dari jam 6 pagi hingga 8 malam di daerah sama dan Fasa 2, 6 pagi hingga 10 malam di negeri sama.


Beliau turut mengumumkan kelonggaran sektor sosial bagi aktiviti sukan dan rekreasi sentuhan fizikal melibat pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka serta tertutup.


“Aktiviti rekreasi berpasukan melibatkan sentuhan fizikal bola sepak bola tampar, takraw dan lain-lain dibenarkan mengikut kapasiti penuh sukan tersebut, namun, terhad kepada individu lengkap vaksinasi dan permisis yang mempunyai kawalan penuh.


“Aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan seumpamanya yang dilakukan secara berkumpulan di kawasan permis sama juga dibenarkan dengan mematuhi 50 peratus kapasiti atau tidak melebihi 50 orang (mana-mana yang lebih rendah) bagi individu yang lengkap divaksin,” tambahnya.


Beliau berkata, aktiviti ziarah kubur Islam dan bukan Islam kini dibenarkan dengan mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri dan Kementerian Perpaduan Negara di setiap Fasa PPN masing-masing.


Tambahnya, kapal persiaran juga dibenarkan dibuka di setiap Fasa PPN dengan 50 peratus kapasiti yang mana semua anak kapal dan penumpang mesti lengkap divaksin.


Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan kelonggaran beroperasi bagi sektor pekerjaan dan ekonomi berkuat kuasa 17 September ini di negeri Fasa 1 dengan syarat vaksin yang telah ditetapkan.


Ini termasuk kedai barang fotografi atau perkhidmatan fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga dan nurseri, kedai kraftangan dan cenderahati, kedai antik, kedai alat permainan, kedai permaidani dan kedai kandungan kreatif atau peralatan industri kreatif.


Katanya lagi ini juga termasuk, Kedai outdoor termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain, kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi, kedai tembakau termasuk vape dan rokok elektronik.


“Bagi sektor pekerjaan dan ekonomi di negeri Fasa 2, semua pejabat swasta dibenarkan berpoerasi dengan kapasiti 60 peratus pekerja sekiranya 40 peratus pekerja telah lengkap di vaksin, 80 peratus bagi 60 peratus pekerja yang lengkap vaksin, dan kapasiti 100 peratus bagi 80 peratus pekerja yang di vaksin.


“Manakala kendearaan pekerja dengan penumpang dengan kapasiti 100 peratus juga dibenarkan dengan syarat telah lengkap vaksin,” katanya.


Ismail Sabri juga menyatakan bahawa mesyuarat secara bersemuka juga dibenarkan kepada individu yang telah lengkap vaksin bagi negeri di Fasa 2,3, dan 4.

bottom of page