top of page

PMM Taginambur anjur Majlis Usaha Dana Makan Amal

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 31, 2023
  • 1 min read

30 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Persekutuan Pemuda Pemudi (PMM) Gereja SIB Kawasan Taginambur menganjurkan majlis Makan Amal bagi mengumpul dana untuk membiayai aktiviti PPM gereja itu tahun depan.


Majlis Makan Amal ini disertai hampir 200 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, bertujuan untuk mencari Dana bagi mengisi tabung PMM kawasan Taginambur, bagi melaksanakan program serta aktiviti pada tahun 2024.


Pengerusi Penganjur Makan Amal Dkn. Jeeophetra berkata beliau terharu dan berterima kasih atas sokongan semua pihak terutamanya umat gereja yang hadir menjayakan majlis itu.

"Terima kasih kepada semua dermawan yang telah memberikan sumbangan tidak kira dalam bentuk wang ringgit, barangan elektrik atau sumbangan tenaga sepanjang program ini berlangsung," katanya.


Jeeophetra turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih, kepada Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick atas keperihatinan beliau terhadap keperluan badan-badan keagamaan di kawasan Kadamaian.


Majlis makan amal ini, diserikan dengan persembahan daripada PMM kawasan taginambur serta cabutan bertuah atau nama berkat.

Program Makan Amal ini dirasmikan oleh Pemaju Mukim DUN Kadamaian Anichlose Kesimin, mewakili Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Turut hadir Rev. Phool Tampisal, Ketua Kawasan SIB Kawasan Taginambur, Dkns. Elizabeth Taihin, Pengerusi PMM SIB kawasan Taginambur serta Pengerusi-Pengerusi PMM sidang setempat.


Ketika berucap pada majlis itu Anichlose merakamkan ucapan terima kasih kepada

PMM Kawasan Taginambur atas kejayaan menganjurkan acara itu.


“Kesepakatan serta kesatuan daripada umat gereja seperti ini sudah pasti membuahkan hasil yang baik.


“Bagi pihak YB Datuk Ewon, melalui Pejabat Adun dan UPPM Kadamaian, kami akan sentiasa menjadi mata dan telinga rakyat kadamaian untuk bersama-sama mengangkat martabat DUN Kadamaian ke satu tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page