top of page

Polis kesan dua remaja lelaki hilang di Putatan

nabalunews



8 Ogos 2024


PENAMPANG : Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan dekat sini, pagi tadi.


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam kenyataan memaklumkan dua remaja terbabit dikenali Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, dan Nicholas Chee Ping, 13.


"IPD Penampang menerima laporan berkaitan kehilangan dua remaja itu pada jam 10.18 pagi tadi,” menurut kenyataan itu.


Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Penampang menerusi talian 088-712222 atau Pegawai Penyiasat Insp Chee Yue Piew 016-666 8586.

תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page