Politeknik Tawau Sabah raikan 85 graduan
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_af755c981fd44c33b9bda93435c5d7ad~mv2.jpg/v1/fill/w_960,h_766,al_c,q_85,enc_auto/d65831_af755c981fd44c33b9bda93435c5d7ad~mv2.jpg)
7 September 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
TAWAU: Politeknik Tawau Sabah meraikan 85 graduan Diploma Pengurusan Pelancongan sempena majlis konvokesyen institusi itu buat kali ke-5 yang berlangsung di Dewan Datuk Amir Bek, hari ini.
Penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Mohd Noor Shahudin.
Pada majlis itu, 2 orang graduan turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum serta Anugerah Pengarah bagi sesi masing-masing iaitu Wilfred William dan Azierra Jebeleh.
Dalam ucapan perasmiannya, Mohd Noor berkongsi berkaitan Transformasi Politeknik 2023 – 2030 yang akan dilaksanakan melalui tiga strategi iaitu Open Distance Learning (ODL), terutamanya oleh Politeknik METrO yang membolehkan golongan sudah bekerja mengikuti pengajian tanpa perlu berhenti kerja.
Sementara itu, Pengarah Politeknik Tawau Sabah, Mohd Sahran @ Awang Mohidin berkata, institusi tersebut berjaya mencapai 100 peratus pengambilan pelajar baharu dua tahun berturut-turut.
Comentarios