Wartawan Nabalu News
Poster KPDNHEP galak orang ramai beli ayam di pasaraya teruk dikecam
14 September 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dikecam teruk oleh netizen setelah memuat naik poster yang menggalakkan orang ramai untuk membeli ayam di pasar raya.
Rata-rata netizen memberi respon negatif dan mengecam poster tersebut kerana tindakan KPDNHEP itu seakan-akan memperkecilkan para peniaga industri kecil dan sederhana (IKS).
Seorang netizen dalam ciapan Twitternya berkata: "Rakyat minta selesai isu harga ayam mahal, tapi dia keluar kartun suru boikot pasar awam. Menteri nak suru pasar awam lingkup ke apa?"
“Aku tak faham, bukan KPDNHEP ke kena pantau harga tak kira di mana. Kenapa pengguna pula yang kena buat pilihan? Macam mana harga bahan mentah tak seragam KPDNHEP boleh buat kartun?,” kata seorang lagi netizen.
Manakala, seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan KPDNHEP dengan mengatakan: "Kenapa nak condemn peniaga di pasar awam? KPDNHEP ini sudah di lantik jadi jurucakap pasar raya besar ka?"
Poster tersebut dimuat naik di laman sosial rasmi KPDNHEP dipercayai ekoran isu kenaikan harga ayam di pasar awam.
Bagaimanapun, KDNHEP telah memadam poster tersebut selepas mendapat kecaman dari orang ramai.
Harga ayam di pasar awam baru-baru ini semakin meningkat iaitu mencecah RM9.50 hinggan RM10 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram pada Ogos lalu menurut laporan Harian Metro.
Opmerkingen