Potensi peluang ekonomi antara Johor dan Sabah, kolaborasi SAFA dan JDT dibincang pemangku Sultan Johor dan Ketua Menteri Sabah
- Wartawan Nabalu News
- Jul 17, 2024
- 1 min read

17 JULAI 2024
KUALA LUMPUR : Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor hari ini menerima mengadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, di Kuala Lumpur.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuk menerokai potensi peluang ekonomi antara Johor dan Sabah serta menambah baik pembangunan bola sepak Sabah melalui kolaborasi bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Pemangku Sultan Johor turut menitahkan agar JDT bekerjasama erat dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dalam meningkatkan pembangunan bola sepak di peringkat belia dan mencungkil bakat di kawasan-kawasan terpencil.
Baginda turut memberikan sumbangan peribadi kepada SAFA yang diterima Presiden SAFA, Datuk Shahelmey Yahya.
Comments