- nabalunews
PPKI mampu mendidik anak-anak keperluan khas
26 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
SANDAKAN: Pewujudan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) terus mampu memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak bekeperluan khas.
Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata, dalam masa sama, peranan guru PPKI juga amat signifikan dan dihargai dalam mendidik murid-murid PPKI dengan sebaiknya.
"Kerjasama ibubapa dan guru juga sama penting dalam memastikan anak-anak kita ini terus menerima akses pendidikan yang sewajarnya melalui PPKI," Tambahnya ketika berucap pada Program Sambil Belajar Murid PPKI SK Gas, Sandakan ke sebuah Pasaraya Besar Mydin Sandakan.
Khairul Firdaus diwakili Ketua Bahagian PGRS, Saparudin Abu.
Turut hadir, Penolong Kanan Kokurikulum SK Gas, Misran Arfan Salim yang mewakili Guru Besar SK Batu Sapi selain guru pengiring yang lain.
Beberapa aktiviti juga dijalankan di sepanjang program itu.
Turut disampaikan unit penghawa dingin sumbangan Khairul Firdaus kepada PPKI SK Gas.
Pihak PPKI SK Gas menghargai sumbangan itu yang akan digunakan untuk murid-murid PPKI SK Gas.
Penganjur juga merakam ucapan terima kasih atas sokongan pihak pasaraya itu dan Restoran Al-Falah atas kerjasama yang diberikan kepada mereka.
Comentários