top of page

PPM Rampas 248 Karton Minuman Keras

  • nabalunews
  • Apr 24
  • 1 min read


24 April 2025


BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 248 karton minuman keras pelbagai jenama disyaki tanpa cukai dalam operasi di kawasan Telupid, kelmarin.


Semua rampasan berkenaan berjaya hasil maklumat risikan yang dilaksanakan terhadap aktiviti penyeludupan di daerah ini.


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, berdasarkan maklumat risikan, pasukan operasi berjaya menahan sebuah lori dipercayai menyimpan minuman keras tidak bercukai di kawasan Telupid.



“Hasil pemeriksaan lanjut, menemukan sebanyak 248 karton minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM66,013.10 yang disimpan di dalam lori berkenaan.


“Seorang warga tempatan iaitu pemandu lori terbabit telah ditahan kerana disyaki cuba seludup minuman keras tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.


Menurutnya, semua barang kes telah dirampas dan suspek pula diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran.


Nazri berkata, pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras kegiatan ini dari terus berleluasa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page