top of page
  • Wartawan Nabalu News

PPV IPT UMS hanya beri vaksin ikut temu janji MySejahtera mulai 4 Oktober depan



30 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak lagi menerima permohonan vaksin secara ‘walk-in’ bermula 4 Oktober ini. Menurut kenyataan UMS, suntikan vaksin hanya diberikan kepada penerima dos ke-2 melalui temu janji MySejahtera. “Slot ‘walk-in’ tidak lagi dibenarkan untuk suntikan sama ada dos pertama atau dos ke-2. “Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi hotline PPV IPT UMS ditalian 013-8151373,” demikian menurut kenyataan itu disini, hari ini. Walau bagaimanapun pusat pemberian vaksin itu akan beroperasi seperti biasa dari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk rekod, PPV IPT UMS telah beroperasi sejak 14 Jun lalu melalui temu janji MySejahtera sebelum membuka slot ‘walk-in’ untuk orang ramai dengan kapasiti sehingga 3,000 dos vaksin sehari. Sehingga kini, lebih 100,000 dos telah diberikan melalui pusat pemberian vaksin ini, selain program Outreach di pelbagai tempat termasuk di kawasan perkampungan terpencil, penjara Kota Kinabalu dan Pusat Tahanan Sementara.

Comentarios


bottom of page