Pra Tahfiz TABIKA KEMAS bermanfaat kepada generasi muda Islam: Rahmahjan
- nabalunews
- Jan 22
- 1 min read

22 Januari 2025
TENOM: Pelaksanaan program Pra Tahfiz Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara kuhsusnya bagi kawasan pedalaman di negeri ini amat bermanfaat kepada generasi muda Islam untuk mempelajari lebih mendalami berkaitan Pendidikan al-Quran.
Menurut, Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (Hawa) Malaysia Datuk Rahmajan Sulaiman Khan, ini sekaligus mampu melahirkan kanak-kanak huffaz cilik serta mempunyai nilai adab yang tinggi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika /Taska Daerah Tenom Sesi 2024/2025 di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di sini baru-baru ini
Katanya, program ini memberi nilai tambah kepada modul sedia ada iaitu Modul Penghayatan Islam (PPI) di Tabika KEMAS merangkumi aspek Pendidikan al-Quran dalam melahirkan huffaz cilik yang menguasai hafazan al-Quran bagi surah-surah dalam juzuk amma dan surah pilihan.
Selain itu katanya, melalui pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak seawal usia berkenaan turut memberi fokus kepada 7M iaitu mengaji, menghafaz, membaca, menulis, mengira, menaakul dan manusiawi.
Pada majlis apresiasi itu seramai 314 orang kanak-kanak dari 63 Tabika dan 3 Taska KEMAS Daerah Tenom menerima sijil setelah berjaya menamatkan pembelajaran masing-masing.
Rahmahjan berkata, menerusi program Tabika dan Taska ini, bukan sahaja memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan terbaik tetapi juga memperkasa pembentukan sahsiah, nilai murni dan asas pembelajaran yang kukuh.
Komentarze