top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Prestasi 100 hari: Ahli kabinet diarah bentang laporan


1 Oktober 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Ahli Jemaah Menteri diarah untuk membentang laporan prestasi setiap aspirasi masing-masing bagi 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Ismail Sabri berkata, Kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi tersebut bagi setiap Ahli Jemaah Menteri sebagai keutamaan tertinggi bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat.


Katanya, setiap aspirasi adalah berlandaskan enam Teras Utama iaitu Menstruktur Semula Ekonomi; Meniamin Keselamatan dan Ketenteraman Negara; Meningkatkan Kesejahteraan Sosial; Mempertingkatkan Infrastruktur Menyeluruh; Memperkukuh Penyatuan dalam Acuan Keluarga Malaysia; dan Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan.


"Dalam hal ini, Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) akan bertindak sebagai penyelaras bersama bag memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan setiap aspirasi Keluarga Malaysia oleh Ali Jemaah Menteri dapat dijayakan dengan cemerlang.


"Prestasi setiap Ali Jemaah Menteri akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama iaitu Penilaian Prestasi Kementerian/Jabatan, Penilaian Kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif, serta Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan Kementerian/Jabatan di bawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Menurut perdana menteri, pada 24 dan 29 September, beliau telah mengadakan sesi bersama kesemua 31 Ali Jemaah Menteri untuk memuktamadkan senarai aspirasi yang telah dicadangkan.


"Ali Jemaah Menteri juga diarahkan untuk mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari ini kepada rakyat, bagi menilai pencapaian pretasi Menteri dan Kementerian demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," ujarnya.

Komentar


bottom of page