top of page
  • Farah Salim

PRN DUN Melaka: SPR keluarkan 7,601 kertas undi pos



10 November 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 7,601 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.


Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, daripada jumlah kertas undi pos itu 6,871 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentara dan Petugas Media).


“Sebanyak 511 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), 113 kategori Borang 1C (9 Agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan) dan 106 pengundi tidak hadir luar negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Ikmalrudin berkata kertas undi pos berkenaan dikeluarkan mengikut peruntukan di bawah peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Melaka Ke-15.


“Pengeluaran kertas undi pos pada 9 November (Selesa) dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di semua 28 kawasan DUN.


“Proses pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan dengan kehadiran wakil calon dan daripada semua parti atau individu yang bertanding,” katanya.


SPR turut mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5 petang dan Hari Mengundi pada 20 November 2021.


“Pengudi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya.



Comentários


bottom of page