top of page
  • Farah Salim

PRN Sarawak diadakan pada 18 Disember


24 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang ke-12 akan berlangsung pada 18 Disember, dengan pengundian awal ditetapkan pada 14 Disember.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh mendedahkan bahawa penamaan calon akan diadakan pada 6 Disember.


Katanya, seramai 82 pegawai pilihan raya dan 249 pembantu pegawai telah dilantik untuk pilihan raya tersebut.


“SPR juga akan menubuhkan 155 pasukan kempen yang terdiri daripada pegawai penguatkuasa SPR dan wakil polis, majlis tempatan serta parti yang bertanding untuk memantau aktiviti sepanjang tempoh kempen,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat membincangkan pilihan raya, hari ini.


Bagaimanapun, perincian SOP kesihatan dan keselamatan untuk sepanjang tempoh pilihan raya tidak didedahkan.


Pada 3 November, darurat di Sarawak telah ditamatkan dan membuka jalan kepada pilihan raya di negeri itu yang dijadualkan sejak Jun tahun ini apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) ditetapkan untuk dibubarkan secara automatik.

Comments


bottom of page