top of page

Program I Care Kadamaian bantu dua warga emas di Kg. Mangkulat

Wartawan Nabalu News

25 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Yayasan Bank Rakyat melalui Program I Care Kadamaian menyerahkan alat bantu berupa katil boleh laras kepada dua penerima warga emas di Kampung Mangkulat di sini pada Selasa.


Katil boleh laras itu diharap dapat memudahkan pergerakan penerima dalam melakukan aktiviti harian dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka.


Penyerahan alat bantu ini kepada penerima dilakukan oleh petugas Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, ahli Kelab Kebajikan Kadamaian dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Juin Kolod.


Program I Care Kadamaian merupakan inisiatif yang bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan, khususnya warga emas.


Melalui program ini, diharapkan dapat meringankan beban warga emas dan memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page