Program 'I Care Kadamaian' diteruskan di Kampung Lompios
- nabalunews
- Nov 1, 2024
- 1 min read

1 November 2024
KOTA BELUD: Program "I Care Kadamaian" yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Kadamaian terus memberi bantuan dan sokongan kepada masyarakat setempat.
Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, yang mewakili Kelab Kebajikan Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada Dolinah Balango, seorang penduduk Kampung Lompios pada Rabu, 30 Oktober 2024.
Dolinah mengalami masalah kesihatan akibat penyakit saraf sejak September lalu, yang kini menyebabkan beliau sukar bergerak tanpa bantuan.
Sumbangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia yang diterajui oleh Datuk Ewon Benedick yang juga ADUN Kadamaian.
Melalui program "I Care Kadamaian" ini, Ewon, selaku penaung Kelab Kebajikan Kadamaian, bertekad untuk terus memperkukuh inisiatif dan usaha murni untuk membantu mereka yang memerlukan di Kadamaian, sejajar dengan komitmen beliau terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.
Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban penerima, malah menunjukkan sokongan berterusan Ewon kepada warga Kadamaian dalam aspek kebajikan dan kemasyarakatan.
Comments