top of page

Program Jom Sihat eratkan hubungan anggota RELA sempena Hari Malaysia

nabalunews

16 September 2024


PITAS: Program "Jom Sihat" berlangsung bertujuan untuk memperkukuhkan integrasi dan jalinan silaturrahim antara pegawai dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dari daerah Kota Belud dan Pitas.


Program ini melibatkan Konvoi Merdeka yang dianjurkan oleh RELA Kota Belud di mana kira-kira 40 peserta iaitu pegawai dan angtota RELA, menyertai konvoi dari Kota Belud ke Pitas.


Mereka berkumpul di Pejabat RELA, Bangunan Gunasama Botung, Kota Belud untuk memulakan aktiviti yang bermula jam 6 pagi hingga 4 petang.


Antara pengisian aktiviti ialah pelepasan anggota bermotor dari Pejabat RELA, singgah makan tengah hari dan solat di Dataran Bengkoka, Pitas dan seterusnya bergerak ke lokasi lawatan integrasi.


Turut diadakan perlawanan persahabatan bola tampar antara KSRKB FC dan RELA Pitas FC, serta perlawanan bola sepak antara pasukan veteran Kota Belud dan Pitas diikuti penyampaian cenderahati dan ucapan penghargaan oleh PRD Kota Belud, disusuli sesi bergambar.


Secara keseluruhannya, program Konvoi Merdeka yang dianjurkan oleh RELA di Kota Belud dan Pitas memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Ia bukan sahaja meningkatkan semangat patriotisme, malah memperkukuhkan perpaduan, mempromosi peranan RELA, dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan keselamatan.


Konvoi Merdeka yang disertai anggota RELA berperanan penting dalam menanamkan semangat cintakam tanah air.


Melalui penyertaan dalam acara sebegini, anggota RELA dapat memperingati perjuangan kemerdekaan dan menghargai pengorbanan pemimpin terdahulu.


Program konvoi ini turut memberi peluang kepada anggota RELA dan masyarakat untuk berinteraksi dan bekerjasama. Ini membantu mempereratkan hubungan antara anggota RELA dan penduduk setempat, serta memupuk perpaduan di kalangan komuniti yang berbilang kaum di daerah Kota Belud dan Pitas.


Selain itu, program ini dapat dijadikan platform untuk memperkenalkan peranan dan tanggungjawab RELA kepada masyarakat umum. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti sebegini, anggota RELA dapat menunjukkan sumbangan mereka dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara, terutamanya di kawasan luar bandar.


Program ini juga boleh memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga keselamatan awam. RELA boleh mengambil peluang ini untuk mengingatkan masyarakat tentang aspek keselamatan, khususnya dalam menjaga keamanan kawasan setempat.

Comments


bottom of page