top of page

Program Komuniti Madani Daerah Telupid beri impak positif kepada masyarakat, bina komuniti bebas dadah dan berdaya saing

  • nabalunews
  • Oct 28, 2024
  • 2 min read

28 Oktober 2024


TELUPID: Program Komuniti Bebas Dadah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan Program Pemerkasaan Komuniti Siri 2 di Dewan Serbaguna Batu 4, Kampung Telupid pada Jumaat, 25 Oktober lalu untuk memperkasa pengetahuan tentang bahaya penyalahgunaan dadah, sekaligus memupuk kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat untuk menghindari aktiviti yang tidak sihat ini.


Program ini menjemput penyertaan orang ramai, khususnya komuniti setempat untuk menyebar luaskan mesej anti dadah menerusi penganjuran program ini.


Sepanjang program ini, pelbagai pameran telah diadakan oleh agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).


Antaranya pameran projek harmoni manusia-gajah oleh CERT.


Pameran pencegahan awal kebakaran dan sukarelawan bomba oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah Zon 6, Sandakan (Balai Bomba dan Penyelamat, BBP Beluran).


Selain itu, kempen derma darah telah dianjurkan dengan kerjasama Hospital Ranau di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan saringan kesihatan serta pameran Unit Psikologi dari Klinik Kesihatan Telupid turut disediakan untuk para pengunjung.


Jabatan Penerangan turut melaksanakan Program Komuniti Madani, di mana mereka menyebarkan maklumat terkini berkaitan bantuan keusahawanan mikro bersama pihak NADI untuk membantu usahawan kecil mendapatkan bantuan yang diperlukan.


Antara maklumat yang dikongsikan,

bantuan Data PPK Sabah bagi keusahawanan, program sokongan oleh PERKESO, promosi S4S Simkad (Mobility One), geran PMKS 5K (Pay Hunter) serta pembiayaan MPPK daripada Bank Rakyat.


Program Komuniti Madani yang pertama kali diadakan ini merupakan inisiatif Skuad Antidadah Daerah Telupid dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Telupid, NGO Angel's United, dan Persatuan Belia Kampung Wonod.


Pengerusi Penganjur program ini adalah Emmanuel Atin, yang juga Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Telupid, Presiden Majlis Belia Daerah Telupid, dan Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sabah.


Turut hadir, Achmad Noorasyrul, Naib Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah, yang berkongsi informasi berguna berkaitan pembangunan keusahawanan, khususnya untuk komuniti luar bandar di daerah Telupid.


Semoga program ini memberi manfaat dan impak positif kepada masyarakat Telupid dalam membina komuniti yang bebas dadah, berdaya saing, serta sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan bersama.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page