top of page

Program Ramah Mesra dan Sumbangan Bakul Makanan PDM Kebayau

  • nabalunews
  • Mar 23
  • 1 min read


23 Mac 2025


KOTA BELUD: Program Ramah Mesra PDM Kebayau yang dianjurkan Jawatankuasa Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud berlangsung dengan jayanya.


Acara yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Lingkubang, di sini, melibatkan lima cawangan iaitu Kampung Tambatuon, Kampung Bundu Paka, Lingkubang, Kebayau Lama, dan Purak Ogis.


Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, Caryle Lajimin berkata, kehadirannya pada mesyuarat berkenaan adalah sebagai sokongan kepada pergerakan wanita bahagian.


Selain itu katanya, beliau turut berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada warga emas dan individu yang sedang sakit.


“Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama ahli UPKO serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan wanita di kawasan Kota Belud.


“Ini adalah sebagai tanda perhatian dan sokongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.


Turut hadir pada program berkenaan adalah Ketua Wanita PDM UPKO Kebayau, Magret Darusin, bersama 55 wanita dari lima cawangan yang terlibat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page