top of page

Program Sayangi Rakan, Cegah Buli, tangani kes buli di kalangan pelajar sekolah

nabalunews

19 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Program Sayangi Rakan, Cegah Buli di Sandakan, baru-baru ini memberi banyak informasi kepada pelajar sekolah mengenai kes buli dan kesannya kepada mangsa buli termasuk trauma, cemas, takut, tekanan perasaan dan kemurungan.


Program ini dianjurkan Unit Perkhidmatan dan Kaunseling Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan dengan Kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sabah, Majlis Pemulihan Keadilan Sabah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Timbalan Pengerusi MCPF Sabah merangkap Presiden Majlis Pemulihan Keadilan Sabah, Dr. Kah Hock Tan, berkata, program itu juga diharap dapat memberikan kefahaman kepada pelajar secara menyeluruh mengenai kes buli.


Melalui program yang berlangsung

di Dewan Seraya Kuning MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan baru-baru ini, pelajar juga diberi kefahaman berkaitan kesalahan membuli selain kepentingan amalan disiplin yang tinggi melalui sesi ceramah yang disampaikan pada program itu.


Seramai 470 pelajar tingkatan satu hingga empat sekolah berkenaan juga memberikan perhatian penuh di sepanjang program itu berlangsung.


Sesi soal jawab mengenai topik buli antara pelajar dan penceramah, turut diadakan.


Turut hadir, Pengetua MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan, Abdul Tingoon, Peguam Cara dan Peguam Bela Awam, Wesley Chang dan Jonathan Poon, Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Sri Kamala Kannan Ganison dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan selaku penceramah program dan Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik, Mohd Hasbullah Nawawi Che Ismail.


Tan berkata, program seumpama juga dirancang diperluas ke sekolah yang lain yang juga antara komitmen pihaknya memberi kesedaran mengenai kes buli dan kesannya kepada pelajar sekolah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page