top of page
  • Wartawan Nabalu News

Projek komuniti INNO4C bantu golongan B40 di Sabah


Lawatan kerja di Kampung Lentuong Tuaran.

29 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Universiti Sains Malaysia (USM) akan meneruskan projek kemasyarakatan - Program Innovation for Community (INNO4C) bagi membantu lebih ramai golongan B40 bumiputera di negeri ini.


Setakat ini program komuniti di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) itu berjaya melaksanakan empat projek di enam lokasi di Sabah.


USM melalui USAINS Infotech Sdn.Bhd (USAINS) diberi mandat oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) melaksanakan INNO4C di bawah DPUB Sabah.


Selain itu, USM juga berkolaborasi dengan Yayasan Sabah serta beberapa agensi kerajaan lain seperti Lembaga Lada Malaysia (MPB), Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan Sabah untuk melaksanakan projek itu.


Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Haji Md.Silmi Abd Rahman mengadakan lawatan kerja ke lokasi pelaksanaan INNO4C yang dilaksanakan pihak USM.


Dua lokasi projek yang terlibat dalam lawatan kerja itu ialah Tiram Scale-up Project di Kampung Lentuong Tuaran dan Pepper Scale-up Project di Kampung Lompios, Kota Belud.


Majlis perasmian bengkel pemprosesan lada hitam di Kg.Lompios Kota Belud.

Pelaksanaan Program INNO4C (DPUB) Sabah 2019 seumpama ini dapat membantu meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi golongan B40 bumiputera khususnya di Sabah.


Peserta dan penduduk kampung yang terlibat menzahirkan rasa syukur atas bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Teraju, USM dan Yayasan Sabah.


Dalam lawatan kerja itu, Md Silmi turut merasmikan bengkel pemprosesan 'Pepper Scale-up Project' di Kampung Lompios disaksikan oleh pihak USM, Ketua Kampung dan penduduk kampung Lompios.


Lawatan kerja CEO Teraju disertai oleh Pegawai USM Mohd Zuaril Akimi, Muhammad Nur Hazim, Muhammad Amirul Haizad, Wan Anas Wan Farhan dan Mohd Shaffiq Mizwar.

Comments


bottom of page