Projek perumahan mampu milik untuk B40 bakal dibina di Tuaran
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Projek perumahan mampu milik untuk B40 bakal dibina di Tuaran


Masiung (kiri) melawat tapak cadangan projek berkenaan.

23 March 2023

By Wartawan Nabalu News


TUARAN: Sebanyak 1,853 unit rumah mampu milik akan disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk golongan berpendapatan rendah (B40) di Kampung Serusup, empat kilometer dari Pekan Tuaran.


Projek perumahan rakyat ini akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) selepas menandatangani perjanjian tambahan usaha sama (kali kedua) dengan pemaju selepas bulan Ramadan ini.


Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah, berkata projek ini melibatkan pembinaan lima blok pangsapuri di atas tanah seluas 15.61 ekar di dua lokasi berdekatan dengan kos sebanyak RM406 juta.


Projek ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk memenuhi keperluan tempat tinggal rakyat terutamanya golongan B40.


Beliau berkata projek perumahan ini dijangka siap pada tahun 2025 dan setiap unit pangsapuri yang mengandungi dua bilik akan dijual pada harga RM250 ribu ke atas.


Beliau juga berkata projek ini dilaksanakan secara kerjasama dengan pemaju tempatan.



bottom of page