top of page

Proses Pendakwaan Mahkamah Akan Bersihkan Nama Kami

  • nabalunews
  • Jun 30, 2025
  • 1 min read

30 Jun 2025


PENAMPANG: “Kami ingin menegaskan dan yakin kami tidak bersalah dalam kes rasuah ini.”


Demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.


Dr. Yusof berkata, mereka telah banyak menerima kecaman dan dimalukan khususnya menerusi di media sosial sejak akhir-akhir ini.


Katanya, melalui pendakwaan itu, mereka juga boleh membersihkan nama baik menggunakan proses mahkamah.


“Kami yakin dengan sistem keadilan dan proses mahkamah di negara ini. Saya dan Andi percaya kami tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.


“Fokus kami selepas ini adalah meneruskan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini.


Menurutnya, beliau amat yakin, mereka akan dapat membersihkan nama melalui proses mahkamah.


“Saya menyanjung tinggi kedaulatan undang-undang negara dan yakin proses perundangan juga akan berjalan dengan telus dan baik,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page