top of page

PTDFC Terima Sumbangan, Sertai Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Salleh Said Keruak

  • nabalunews
  • Jun 30, 2025
  • 1 min read

30 Jun 2025


KOTA BELUD: Pasukan bola sepak Pinasang Tamudarat FC (PTDFC) menerima sumbangan bagi menyokong penyertaan mereka dalam Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala Datuk Salleh Said Keruak, sebuah kejohanan peringkat daerah yang menghimpunkan pasukan-pasukan tempatan dari seluruh Kota Belud.


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.


Beliau mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, YB Datuk Ewon Benedick.


Penyerahan sumbangan kepada wakil pengurus pasukan PTDFC, Mark Lister Faustin, berlangsung di Pejabat ADUN Kadamaian sebagai simbol sokongan terhadap penglibatan pasukan tersebut dalam kejohanan yang sedang berlangsung.


Menurut Clarence, sumbangan ini bertujuan membantu menampung kos operasi pasukan sepanjang kejohanan, termasuk aspek logistik, kelengkapan sukan, dan keperluan asas lain yang penting bagi memastikan penyertaan yang teratur dan kompetitif.


“Datuk Ewon Benedick sentiasa komited dalam menyokong pembangunan belia dan sukan, khususnya di kawasan Kadamaian. PTDFC merupakan antara kelab bola sepak yang aktif dan konsisten dari kawasan ini, dan kita berharap mereka dapat mengharumkan nama Kadamaian di peringkat daerah,” katanya.


Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, tetapi turut bertujuan mencungkil bakat-bakat muda serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan belia di daerah Kota Belud.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page